Sejak kebelakangan ini, banyak kita membaca tentang kematian adsense (The Death of Adsense) di blog-blog, forum dan juga email. Ramai di antara mereka yang benar-benar yakin program adsense sudah benar-benar berakhir dan menyarankan supaya semua orang download report kematian adsense tersebut. Yang peliknya, jika mereka benar-benar jujur, kenapa mesti menggunakan affiliate link sedangkan report tersebut boleh didownload secara percuma. Rupa-rupanya, setiap orang yang download melalui affiliate link, penulis blog/forum/email tersebut akan mendapat $0.50. Hanya kerana semata-mata $0.50 sesetengah orang sanggup mengenepikan pertimbangan akal.
Bagi saya, sebelum membaca report tersebut, saya sudah beranggapan yang mesti ada sesuatu yang tidak kena dan apabila sudah membacanya, benarlah sangkaan saya dimana penulis report tersebut antara mereka yang memiliki MFA (made for adsense) website yang terjejas teruk dengan pertukaran yang dibuat di dalam program adsense. Jadi bagi mereka, benarlah program adsense sudah mati. Tetapi kenapa kita mesti mengikut jejak langkah mereka sedangkan jika kita membuat website yang mengandungi content yang bagus, kita tidak perlu risau tentang soal tersebut. Dan sebagai usahawan internet yang bijak juga, mereka seharusnya tahu yang mereka tidak boleh bergantung pendapatan kepada satu punca sahaja. Walaupun adsense memberikan pendapatan yang lumayan, kita harus betul-betul optimize peluang pendapatan di laman web kita dengan program affiliate yang lain, jual text link, banner dan juga blog post.
Saya juga tidak keseorangan di dalam menganggap adsense belum berakhir. Sila baca pandangan-pandangan yang dibuat oleh orang-orang yang lebih mahir dalam bidang adsense termasuk Joel Comm sendiri.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar